Monday, February 23, 2009
Malaysia - Bentuk Mukabumi
Bentuk mukabumi Malaysia terdiri daripada :
i. Tanah tinggi - kawasan yang melebihi 180 meter dari aras laut
ii. Tanah pamah -kawasan tanah rata yang kurang daripada 180 meter tingginya dari aras laut
iii. Pinggir laut - tepi pantai yang terdiri daripada tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau dan pentas benua.
A. Kawasan tanah tinggi di Malaysia .
1. Terletak dibahagian tengah Semenanjung dan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung lipat tua yang stabil dan ia terbentuk
daripada batu granit dan batu kapur.
3. Banjaran Titiwangsa merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia sepanjang 480 km.
4. Dikenali juga sebagai Banjaran Besar , terletak ditengah-tengah Semenanjung.
5. Banjaran lain di SEmenanjung ialah Banjaran Nakawan, Banjaran Bintang, Banjaran Keledang,
Banjaran Tahan , Banjaran Benom, Banjaran Pantai Timur dan Banjaran Kedah-Singgora.
6. Banjaran utama di Sabah ialah Banjaran Crocker, Banjaran Brassey, Banjaran Maitland dan
Banjaran Trus Madi.
7. Banjaran utama di Sarawak pula ialah Banjaran Tama Abu, Banjaran Kapuas Hulu, Banjaran
Iran, Banjaran Hose dan Banjaran Kelinkang.
8. Gunung : Gunung Tahan 2187m , Gunung Korbu 2188m , Gunung MUrud 2425m, Gunung
Kinabalu 4095m.
9. Kepentingan kawasan tanah tinggi ialah menjadi kawasan tadahan dan legah sungai, kawasan
pelancongan tanah tinggi dan sumber kayu dan hasil hutan.
Ini adalah nota tambahan untuk budak Seri Samudera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment